Warning: file_put_contents(/home/prkn20sglimau/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/prkn20sglimau/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Anak muda suka calon PAS, mudah didekati

JERAI: Sifat lemah-lembut dan senang didekati anak muda menjadi kelebihan buat calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau.

Menurut Presiden Pertubuhan Anak muda Bersama Ulama (Panglima), Sulaiman Ibrahim, anak muda menyokong penuh pilihan PAS itu dan amat menyenangi sifat positif yang dimiliki Azam.

"Pendekatan Ustaz Azam dengan anak muda amat lembut. Pendekatan yang dibawa manis dipandang dan mudah didekati.

"Saya perhatikan, anak muda senang sesuaikan diri dengan beliau dan ini kelebihan yang beliau miliki yang melayakkan beliau menjadi calon," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, dekat sini hari ini.

Tambah Sulaiman yang juga bekas peserta Raja Lawak itu lagi, Azam sudah dikenali sewaktu era Allahyarham Tan Sri Azizan Razak lagi.

"Ustaz Azam seorang yang bekerja kuat dan semasa Allahyarham Ustaz Azizan sakit dia banyak gerakkan tenaga untuk bantu kawasan.

"Beliau juga tidak mempunyai musuh dalam kalangan ahli Umno dan tidak timbul ketidakpuasan hati di kalangan orang Umno," katanya.

Azam, 37, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pasti Kedah adalah anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan Razak pada suatu ketika dulu.

Sementara itu, Sulaiman (gambar, kiri) berkata, Panglima sedang bertungkus-lumus membantu pemuda merancang dan mengadakan program khusus untuk anak muda.

"Strategi kami nak jaga orang muda dan mahu kekalkan PAS di Sungai Limau.

"Oleh itu, Panglima memang berkampung sepenuhnya di sini bagi merancang program yang sesuai dan boleh menarik anak muda," katanya.

Tambah beliau, antara program yang akan diadakan ialah Debat Komidi Politik yang akan membincangkan isu serius secara komedi.

Selain itu katanya, semalam pemuda mengadakan program tukar minyak hitam motosikal secara percuma yang mendapat sambutan lebih 50 anak muda di Sungai Limau.

Hubungi Kami

  • Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar - Sungai Petani Simpang Empat, 06650 Alor Setar,
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 04-7481122

Carian

Who's Online

We have 43 guests and no members online

Statistics

OS:  
Linux b
PHP:  
5.6.31
MySQL:  
5.6.37
Time:  
05:09
Caching:  
Disabled
GZip:  
Disabled
Visitors:  
6
Articles:  
573
Web Links:  
5
Template Settings

Color

For each color, the params below will be given default values
Blue Oranges Red

Body

Background Color
Text Color

Header

Background Color

Spotlight3

Background Color

Spotlight4

Background Color

Spotlight5

Background Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction