Warning: file_put_contents(/home/prkn20sglimau/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/prkn20sglimau/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Ayuh bantu kemenangan

Seluruh ahli dan petugas PAS di Kedah khasnya dan seluruh negara amnya diminta agar bersama-sama berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau bagi mengekalkan kemenangan PAS di sana.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Firdaus Jaafar yang juga bekas Ahli Parlimen Jerai berkata, kemenangan di Dun Sungai Limau harus dikekalkan kerana ianya adalah legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Kita di sini meminta seluruh ahli agar turun berkempen dan membantu jentera di sini bagi mempertahankan kemenangan yang telah dicetak sejak 18 tahun lalu,” katanya

. Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Jerai berkata, berdasarkan kepada rekod yang ada pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), terdapat sedikit penurusan peratus sokongan kepada PAS di sini.

Namun tambah beliau, ia tidaklah sehingga menjejaskan kemenangan pada PRU13 yang lalu.

“Cuma kita mengharapkan penurunan itu akan berjaya ditambah semula pada PRK kali ini, dan kita yakin jika seluruh jentera membantu menggerakkan sokongan, kemenangan akan dapat

dipertahankan,” ujarnya lagi. Ditanya mengenai kempen BN yang biasanya akan berdasarkan kepada janji projek, politik wang dan kempen melalui media arus perdana, Firdaus berkata ia sudah menjadi kebiasaan BN.

Katanya lagi, BN akan menggunakan apa sahaja kaedah dan taktik bagi menjatuhkan lawan (PAS) khasnya kali ini ianya membabitkan kawasan yang dipertahan PAS sejak 18 tahun lalu.

“Wang, janji projek ini semua mainan BN sejak dahulu.Kita mengharapkan jentera kita dapat menangkis serangan ini dan berjaya meyakinkan pengundi untuk terus menyokong PAS,” ujarnya.

Hubungi Kami

  • Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar - Sungai Petani Simpang Empat, 06650 Alor Setar,
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 04-7481122

Carian

Who's Online

We have 33 guests and no members online

Statistics

OS:  
Linux b
PHP:  
5.6.31
MySQL:  
5.6.35
Time:  
20:02
Caching:  
Disabled
GZip:  
Disabled
Visitors:  
3
Articles:  
573
Web Links:  
5
Template Settings

Color

For each color, the params below will be given default values
Blue Oranges Red

Body

Background Color
Text Color

Header

Background Color

Spotlight3

Background Color

Spotlight4

Background Color

Spotlight5

Background Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction