Warning: file_put_contents(/home/prkn20sglimau/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/prkn20sglimau/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
4 agenda besar Ustaz Azam di Sungai Limau

SUNGAI LIMAU: Calon PAS Dun Sungai Limau, Ustaz Azam Abdul Samat, menggariskan empat agenda besar sekiranya beliau diberikan mandat menjadi Adun selepas 4 November depan.

Katanya, sebagai meneruskan agenda perjuangan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, beliau akan menyatukan masyarakat dengan berbagai pendekatan yang dilakukan oleh Ustaz Azizan sehingga tiada di kalangan rakyat yang tersisih daripada mendapat perhatian sewaktu beliau menjadi wakil rakyat.

Keduanya, ujar beliau, sebagai tenaga pengajar beliau juga bercita-cita menyemarakan lagi penghayatan Islam melalui pendidikan dan dakwah.

Baginya, tugas sebagai wakil rakyat, bukan penghalang untuk melaksanakan tuntutan tersebut bahkan mungkin dapat dibuat dengan lebih berkesan.

Ketiga pula, beliau akan memperjuangkan kebajikan dan hak seluruh kelompok masyarakat khususnya pesawah dan nelayan.

“Memandangkan petani adalah kelompok yang ramai di Dun ini maka suara pembangkang perlu untuk memperjuangkan nasib mereka kerana tanpa suara pembangkang segala masalah golongan berkenaan akan dipandang sepi,” katanya

Ustaz Azam juga akan mengenal pasti masalah semasa yang dihadapi oleh penduduk Sungai Limau yang mana antaranya menyelesaikan kekurangan kemudahan jalur lebar demi membantu generasi muda menambah informasi, ilmu psngetahuan dan melebarkan komunikasi.

“Keempat-empat agenda tersebut menjadi plan untuk saya bertindak sekiranya diberikan mandat sebagai Adun baru selepas 4 November ini. Semua agenda itu akan dikotakan demi kebaikan semua masyarakat tanpa kira latarbelakang politik dan agama, “ katanya.

Hubungi Kami

  • Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar - Sungai Petani Simpang Empat, 06650 Alor Setar,
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 04-7481122

Carian

Who's Online

We have 44 guests and no members online

Statistics

OS:  
Linux b
PHP:  
5.6.31
MySQL:  
5.6.38
Time:  
11:20
Caching:  
Disabled
GZip:  
Disabled
Visitors:  
6
Articles:  
573
Web Links:  
5
Template Settings

Color

For each color, the params below will be given default values
Blue Oranges Red

Body

Background Color
Text Color

Header

Background Color

Spotlight3

Background Color

Spotlight4

Background Color

Spotlight5

Background Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction