Warning: file_put_contents(/home/prkn20sglimau/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/prkn20sglimau/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Anak muda Sungai Limau tolak politik umpan

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri – pepatah Melayu

Sungai Limau mempunyai keunikan demografi dan sosioekonomi yang tersendiri. Dari jauh, tersergam indah Gunung Jerai yang berketinggian 1,217 meter menjadi puncak tertinggi di utara Semenanjung.

Bongkahan tinggi yang menganjur ke Tanjung Jaga di Selat Melaka ini sejak berabad menjadi panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini malah sering dikaitkan dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Sebahagian besar lanskapnya dilatari jelapang padi yang menhijau seluas mata dan berjajaran dengan laut Selat Melaka yang membiru. Cuaca panas di sebelah pagi dan hujan di sebelah petang bukan sahaja sesuai dengan aktiviti pertanian, perikanan dan perusahaan kecil masyarakat di sini, malah dapat menyamankan suhu kempen bersempena Pilihanraya Kecil N20 Sungai Limau.

Pekan kecil ini berada di dalam daerah Yan dan terletak di pertengahan dua bandar yang menjadi nukleus pentadbiran dan perniagaan di negeri Kedah, iaitu Alor Star dan Kulim/Sg Petani.

Walaupun begitu, rentak aktiviti ekonomi dan kehidupan di ‘pekan singgahan’ ini dilihat seperti tidak terkesan dengan limpahan kerancakan aktiviti ekonomi di antara kedua-dua bandar tersebut.

Namun, pekan senyap ini berubah wajah dengan kehadiran menteri dan pengumuman projek yang menjangkau jutaan ringgit dalam sekelip mata.

Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dipetik dengan menyatakan lebih RM15 juta peruntukan segera telah diumumkan untuk pekan kecil ini sepanjang tempoh PRK kali ini.

Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama, RM1.2 juta kepada 12 buah sekolah lain, program Bantuan Azam Tani Mara (RM802,700), bantuan zakat Agrobank (RM19,700), pinjaman Tekun (RM30,000), peruntukan Masjid Simpang Empat (RM300,000), sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain (RM118,000), bantuan baiki rumah (RM1 juta), pemberian cermin mata (RM1.18 juta), peruntukan jeti perikanan (RM500,000), peruntukan tukun tiruan (RM2.5 juta), dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Selain itu sumbangan dan pemberian percuma dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara, gula, minyak masak dan sabun juga diberikan kepada pengundi-pengndi di Sungai Limau.

Malah pada hujung minggu ini, dilaporkan dua kontena topi keledar diberi percuma pada anak-muda kampung, manakala gula (yang dikatakan ‘ubat’ kencing manis), tepung dan susu dilelong dengan harga seringgit dalam program-program kempen, malah ada rumah-rumah yang telah diziarahi petugas kempen PAS akan dituruti dengan lawatan oleh petugas kempen UMNO untuk membalas dengan pemberian barangan dan tunai kepada tuan rumah. Jalan-jalan yang berlopak segera dibaiki dengan menabur batu dan pasir untuk diturap dengan kadar segera, tanpa menghirau cuaca hujan setiap hari.

Pastinya bukan ini yang dikehendaki oleh rakyat dan anak muda yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan kerisauan terhadap keselamatan anak-anak daripada peragut dan pencuri.

Anak muda sedar bahawa peruntukan segera one-off ini sebahagian besarnya hanya tinggal janji kosong yang tidak ditunai, dan jika ada projek yang dilaksanakan, semua itu akan diagih pada kontraktor-kontraktor kroni yang mengaut laba daripada peruntukan bajet dan kos pembinaan yang tidak munasabah. Integriti dan akauntabiliti menteri, apatah lagi.

Anak muda kini makin cakna dengan realiti apabila maklumat berada di hujung jari. Janji boleh datang dan pergi, sebagaimana menteri juga boleh datang dan pergi. Anak muda semestinya bijak mengundi, demi kesejahteraan hidup setiap hari.

Apa yang pasti, anak muda Sungai Limau akan mengajar pak menteri, bukan umpan yang ditagih kami, tetapi kesungguhan kepimpinan membangun generasi. Mereka anak sungai, kenal siakap senohong gelama ikan duri. Selamat mengundi anak Sungai Limau!

Penulis adalah Pengarah Kajian Polisi Pemuda PAS.

Hubungi Kami

  • Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar - Sungai Petani Simpang Empat, 06650 Alor Setar,
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 04-7481122

Carian

Who's Online

We have 50 guests and no members online

Statistics

OS:  
Linux b
PHP:  
5.6.31
MySQL:  
5.6.38
Time:  
11:21
Caching:  
Disabled
GZip:  
Disabled
Visitors:  
6
Articles:  
573
Web Links:  
5
Template Settings

Color

For each color, the params below will be given default values
Blue Oranges Red

Body

Background Color
Text Color

Header

Background Color

Spotlight3

Background Color

Spotlight4

Background Color

Spotlight5

Background Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction