Warning: file_put_contents(/home/prkn20sglimau/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/prkn20sglimau/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
PAS kekal di Sg Limau, majoriti 1,084 undi

JERAI: Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.

 Beliau memperolehi 12,069 undi sementara calon BN pula 10,985 menjadikan majoriti diperolehi 1,084 undi.

 Calon PAS, Ustaz Mohd Azam kini sudah berada di pusat penjumlahan undi.

 Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau yang berlangsung hari ini menyaksikan seramai 23,249 pengundi atau 85.5 peratus keluar menunaikan tanggungjawab.

Bagi PRK kali ini jumlah pengundi bagi Dun Sungai Limau adalah seramai 27,222 pengundi.

Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Media N20 Sungai Limau, di sini, hari ini.

Sejak pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi tadi sehingga jam 1 petang peratusan keluar mengundi mencecah 63.5 peratus yang melibatkan 17,281 orang pengundi.

Peratusan yang keluar mengundi terus meningkat pada jam 2 petang tadi meningkat pada 63.22 peratus.

Sehingga jam 3 petang tadi, jumlah yang keluar mengundi meningkat kepada 20,876 orang atau 76.69 peratus

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 89.3 peratus (24,406 pengundi).

Sikap agresif Barisan Nasional

Pada PRK kali ini walaupun Barisan Nasional (BN) berjanji akan berkempen secara damai, namun pemerhatian Harakahdaily mendapati penyokong-penyokong BN yang bertindak agresif dan melakukan provokasi melampau.

Mereka ketika meraih undi turut melabelkan 'PAS kuda DAP', 'PAS khianat Islam' dan ' sentiasa dilaungkan ketika terdapat kenderaan penyokong PAS melalui tempat-tempat pengundian.

Selain itu juga terdapat bantahan yang dilakukan oleh PAS apabila penyokongan BN yang berada terlalu hampir dengan pusat mengundi yang kurang 50 meter.

Walaupun bantahan telah dilakukan terhadap SPR dan pihak Polis namun perkara itu tidak dipedulikan dan ini menimbulkan ketidakpuasan hati kepada penyokong-penyokong PAS.

Mengikut Peraturan Pilihan Raya, mana-mana parti politik tidak boleh berada kurang dari 50 meter dengan pusat pengundian.

Hubungi Kami

  • Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar - Sungai Petani Simpang Empat, 06650 Alor Setar,
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 04-7481122

Carian

Who's Online

We have 47 guests and no members online

Statistics

OS:  
Linux b
PHP:  
5.6.31
MySQL:  
5.6.35
Time:  
20:06
Caching:  
Disabled
GZip:  
Disabled
Visitors:  
3
Articles:  
573
Web Links:  
5
Template Settings

Color

For each color, the params below will be given default values
Blue Oranges Red

Body

Background Color
Text Color

Header

Background Color

Spotlight3

Background Color

Spotlight4

Background Color

Spotlight5

Background Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction