Warning: file_put_contents(/home/prkn20sglimau/public_html/plugins/system/yt/includes/libs/minify/config.php): failed to open stream: Permission denied in /home/prkn20sglimau/public_html/libraries/joomla/filesystem/file.php on line 421
Kami tewaskan dua kerajaan, kata pemimpin PAS

PAS menyifatkan kemenangan mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau amat manis kerana mereka berjaya menewaskan dua kerajaan yang bergabung menentang mereka.

"Kita berdepan dengan dua kerajaan dalam pilihan raya ini, kerajaan negeri Kedah dan kerajaan pusat dan kita menang," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam perhimpunan selepas calon PAS diumumkan menang di Dulang Kecil malam tadi.

Calon PAS Mohd Azam Abdul Samad menewaskan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 malam tadi.

 

Walaupun majoriti PAS berkurangan namun kegembiraan jelas terbayang di wajah hampir 10,000 penyokong PAS yang berkumpul di sebelah bendang padi itu.

Mereka diarahkan berkumpul di situ sebaik sahaja berita PAS menang tersebar, manakala mereka yang mempunyai pas masuk pergi ke pusat penjumlahan undi untuk mendengar keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR_.

Setelah selesai keputusan diumumkan, semua pemimpin dan calon PAS bergerak ke Dulang Kecil.

"Mereka bawa segala macam ke sini, itik dan juga lembu, tetapi kita tetap menang," kata Mohamad merujuk kepada pelbagai pemberian BN kepada penduduk Sungai Limau.

Di Bukit Besar, kubu kuat PAS, gula hanya dijual RM1 sekilo dalam karnival anjuran BN walaupun harga gula kini ialah RM2.85 selepas kerajaan menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dalam bajet baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang juga pengarah pilihan raya ini mungkin antara orang yang paling gembira dengan kemenangan ini.

Ini kerana, pilihan raya ini adalah ujian pertama kepada kepimpinannya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah selepas mengambil alihnya daripada allahyarham Tan Sri Azizan Razak selepas pilihan raya umum lalu.

"Saya sangat bimbang kerana ini adalah cabaran kepada saya selaku pesuruhjaya PAS Kedah untuk memimpin pilihan raya kecil ini kerana kita berhadapan dengan dua kerajaan," kata Mahfuz.

Beliau berkata, kekurangan majoriti yang diperolehi oleh PAS adalah kerana kira-kira 1,000 penyokong PAS di luar kawasan tidak boleh pulang untuk mengundi kerana pilihan raya ini diadakan pada hari bekerja iaitu Isnin.

"Jika mereka dapat balik, saya yakin jumlah majoriti kita akan sama seperti pilihan raya umum lalu," katanya.

Allahyarham Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pilihan raya umum ke-13, Mei lalu.

Sementara itu, Azam ketika memberikan ucapan pertamanya berkata, kemenangan ini menambahkan keyakinan bahawa PAS mesti terus memperjuangkan mesej Islam yang dibawanya. –

Hubungi Kami

  • Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar - Sungai Petani Simpang Empat, 06650 Alor Setar,
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 04-7481122

Carian

Who's Online

We have 64 guests and no members online

Statistics

OS:  
Linux b
PHP:  
5.6.31
MySQL:  
5.6.38
Time:  
11:26
Caching:  
Disabled
GZip:  
Disabled
Visitors:  
6
Articles:  
573
Web Links:  
5
Template Settings

Color

For each color, the params below will be given default values
Blue Oranges Red

Body

Background Color
Text Color

Header

Background Color

Spotlight3

Background Color

Spotlight4

Background Color

Spotlight5

Background Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction